Selamat Datang

 photo selamat-datang.gif

PMU

PMU
Showing posts with label PMU. Show all posts
Showing posts with label PMU. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

Pertandingan Kawad Perdana 2014 Politeknik Mukah

Pertandingan kawad Perdana 2 (Kawad Perdana 2014) telah berlangsung pada 15 Mac 2014. Pertandingan dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Terdapat dua kategori pertandingan iaitu kategori Antara Jabatan Akademik Politeknik Mukah dan kategori jemputan luar seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mukah dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Mukah.

Juara untuk kategori Jabatan Politeknik Mukah ialah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Naib Juara pula disandang oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Manakala kategori Jemputan pula Juara disandang oleh MRSM Mukah dan Naib juara disandang oleh UiTM Mukah.

Komanden terbaik kategori Politeknik Mukah ialah Komandan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik manakala Komandan terbaik kategori Jemputan ialah Komandan dari pasukan UiTM Mukah. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) Politeknik Mukah iaitu Tn Hj Abd Aziz Bin Talib.


 Hadiah dan piala pusingan
 Pasukan dari MRSM diwakili oleh St John Ambulance MRSM.















Perasmian oleh TPSA, Tn Hj Abd Aziz Bin Talib

Saturday, 21 December 2013

Sesi Perjumpaan Pelajar Kamsis

Sesi perjumpaan pelajar kamsis bersama tuan Pengarah Politeknik Mukah, YB Tuan Hj Abdurani telah diadakn atas inisiatif  Jawatankuasa Warden.

Tuesday, 17 December 2013

Pilihanraya Kampus PMU

Perkembangan Pilihanraya Kampus PMU

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengundian Pilihanraya Kampus PMU, anda boleh layari blog Jabatan Hal Eihwal Pelajar seperti dibawah;

Klik sini - JHEP

Monday, 16 December 2013

Pilihanraya Kampus Politeknik 2013/2014

Pilihanraya Kampus akan diadakan politeknik seluruh Malaysia pada;
 
Tarikh: 18 Disember 2013 (Rabu)
 
Kepada semua Pelajar politeknik khususnya pelajar-pelajar Politeknik Mukah Sarawak mari bersama-sama keluar mengundi, jalankan tanggungjawab anda.